0

TTC diteruskan..

Posted by finie && eddie on 10/07/2015 04:38:00 PTG

Ok 9.hb september dtg appointment..kali ni dtg sorg sbb hubby xley cuti..xpelah bukan bt ape pn..aku dh reply cuti 1 hari..hari ni hujan maka lewat sampai..tp yg bestnya cpt je jmp doktor..bila jmp doktor tgk hari tu adalah hari ke 13 period . doktor sarankan bt hsg utk bext period..sedikit sedih tp redha kerana mungkin itulah yg terbaik. MO Dr.Low bagitau kalau xnk bt hsg pn blh tp dia xjanji bila buat iui xde problem sbb kite xdetect mslh terus bt iui..so aku ikutkan aje.. Dr Low bgtau bila period call pakar 5 then amik tarikh utk hsg.. 27hb September miss p dtg..maka cpt2 call pakar 5 utk amik tarikh hsg. Nasib baik hospital bp dah ade pakar utk ujian hsg.xperlu pergi hospital kluang. Tarikh ditetapkan 7.oktober nnt.

Hari ni adalah 7hb oktober hari dimana aku akan lakukan hsg..sebelum tu hsg adalah untuk kita melihat rahim dengan lebih jelas dan salur peranakan adalah normal atau sebaliknya. Tepat kul 8pagi dh gerak ke hospital. Amik surat dr pakar 5 then pergi ke unit pengimejan dan diagnosis. Tgu dlm 15 minit nama dipanggil. Tgalkan hubby kat luar jg beg. Masa masuk bilik tu kul 8,45 pg. Tgu nurse sediakan alatan. Sejuk gak tgk alat2 dan katil tu. Semua peralatan bru maka masih kekok utk digunakan oleh nurse dan doktor. Tgu sehingga kul 9 doktor datang terangkan kepada aku prosedur tu. Mulanya lega sebab hanya nurse dan doktor perempuan sahaja. Tidak lama kemudian dtg doktor lelaki untuk membantu doktor perempuan. Pukul 9.10 macam tu prosedur dilaksanakan. First mskkan sejenis alat untuk membuka laluan ke pintu rahim. 1st try alat tersebut patah. Terkejut gak aku, dan rasa agak sakit sbb alat tersebut besar dan dipaksa masuk. Percubaan kedua berjaya dilakukan. Terasa tidak selesa dan agak sakit. Kemudian doktor maklumkan akan masukkn tiub sehingga ke dalam rahim sebelum sejenis cecair disuntik untuk melihat pengalirannya. Bila doktor mskkn tiub itu terasa senak perut tp masih ditahan olehku..bila alat tersebut dikeluarkan tinggallah tiub sahaja. Masa tu dok minta dikepitkan kaki dan melunjur sahaja.doktor mula ambil scan sambil menyuntik cecair tersebut perlahan-lahan. Makin lama makin sakit dan terasa cecair mengalir keluar sedikit. Setelah itu doktor menyuntik sambil menarik tiub tersebut.senaknya terasa tp tidak kuat sangat, doktor pakar xray bagitau rahim cantik dan tiub pon normal..alhamdulillah. doktor nasihatkan jika berlaku pendarahan sila ke kecemasan segera. Selesai procedur dpt mc 1 hari. Balik dan bila dirumah sakitnya seperti sengugut yg teruk..disaat ini masih terasa sakitnya itu. Next appointment 2hb disember 2015.


|
0

Perjalanan TTC bermula Part 1

Posted by finie && eddie on 8/18/2015 09:58:00 PTG
Setelah sekian lama meninggalkan blog ini...in shaa allah kini ku kembali lagi.. kini kami mengambil keputusan untuk berttc secara istiqamah. Asalnya apabila 7.dec.2014 ku pergi hospital kerana masa tu terasa sudah tiba masanya untukku tahu apa masalah sebenar sehingga kini masih berdua..secara jujurnya kami terima keadaan kami masih belum dikurniakan permata hati, tp memandangkan umur semakin meningkat, maka kami rasa wajar untuk diteruskan usaha kami. Setelah diperiksa oleh doktor maka kami dapat tarikh temujanji pada 21.januari.2015 sebagai 1st appointments dgn pakar gynae. Hospital kerajaan biasalah kena tunggu giliran dan makanya kami yang tidak berapa berduit ni, maka redha sahaja.

21 januari 2015.
1st appointment, awal pagi dah sampai ke klinik..ramainya...rutin biasa timbang berat badan. Slps tu gi mkn dgn hubby sbb nombor lambat lagi..dari kul 9 sampai 11 bru la dipanggil.. doktor interview tentang latar belakang dan scan untuķ melihat samada jika adaendo atau pcos. Alhamdulillah tiada masalah dari segi itu. Maka doktor perlu buat ujian bagi sperma hubby. Tarikh bru untuk datang jumpa gynae ialah 13.05.2015. Sebelum tu kena hantar sperma hubby sblm temujanji kedua. Bincang2 dgn hubby bulan 3 hantar sperma..kan lmbt tkut nnt result xkeluar plak masa 2nd appointment tu.


13 mei 2015
2nd appointment,kul 8 pagi kena dtg. Sampai kul 8 tgk dh ramai org..letak kad dlm bakul n tunggu lagi..dh selepas tu amik berat badan lagi. Hati berdebar2 risau ,emikirkan result hubby. Opps lupa miss p datang masa bulan 2 tu, day 21 tu ade dtg amik darah. Maka tunggu dalam 1 jam, nama dipanggil.. ok doktor yg merawat adalah doktor pelatih. Di lihat result sperma hubby okey tiada masalah,tapi......result darahku menunjukkan pengeluaran telur yang sikit. Disebabkan aku tidak mempunyai aturan miss p yang tetap, doktor bekalkan dupasthon untuk menurunkan miss p jika tidak hadir bulan depan dan clomic untuk membantu mematangkan telur2 ku. Satu sikap doktor yang kurang senang disini adalah menguap bila bercakap dengan kami.muka hubby dh merah tahan geram, bila doktor pakar minta doktor pelatih tersebut untuk menulis ubat, muka blur dan hilang fokus. Ini sikap yang agak melampau bagi aku kerana dihadapan pesakit asyik menguap melebih 3 kali.. so skrg kena la balik tgu miss p datang bulan 6..harapnya..doktor bagitahu 6hb sepatutnya period jika tak petiod tunggu 8hb bru makan ubat. Tp disebabkab ada interview pada 17hb jun 2015, maka ku lewatkan makan dupasthon kepada 14hb jun bagi mengelakkan hari ke 8 jatuh pada hari interview. Oleh itu miss p hadir pada 26hb june dan aku start makan clomic pada 27hb jun. Ikutkan pengiraan aku tp nurse kt pakar 5 bgtau sepatutnya day ke 2 adalah 28hb., sedikit keliru disitu dan aku ikutkan sahaja. Sepatutnya TVS tak dilakukan pada bulan ramadhan tp disebabkan akuyang tidak tahu maka day 8 aku hadir untuk tcs scan. Pada hari ke 8 ni, aku ade 4 telur yang sedang membesar tp masih belum mencapai matang. Pada hari ke 10 aku datang ke pakar 5 dan skali lagi discan. Telur sudah cukup matang dan kami boleh bersama. Sepatutnya day 12 dan day 14 scan lagi tp doktor bgtau xperlu scan lg..sbb telur dah besar. Sewaktu berjumpa untuk scan tvs kedua ni, doktor sarankan agar ttc secara semulajadi, jika tak berjaya akan bertemu untuk sesi ke 3 iaitu 09.09.15. Doktor ada tanya telah buat hsg atau belum aku semestinya belum buat kerana aku tidak tahu.. maka doktor ckp tidak boleh proceed iui jika belum buat hsg. Maka 9.9.15 datang tengok dan ambil appointment untuk ujian hsg tersebut. Malangnya hsg tiada di hospital batu pahat dan perlu ke hospital kluang untuk ujian tersebut. Dan ianya perlu menumggu giliran atau kekosongam. Semoga dipermudahkan urusanku.. amin.






|
0

Syawal Telah Menjelma..

Posted by finie && eddie on 8/09/2014 12:57:00 PTG

Selamat Hari Raya buat semua….Raya tahun ini kami berdua tidak membeli baju raya.. Berjaya mengekang diri dari membeli memandangkan terdapat banyak baju yang baru dan jarang dipakai maka kami bernekad untuk tidak membeli. Tahun ini sepatutnya raya di Kelantan terlebih dahulu, tapi disebabkan makcik ada membuat majlis perkahwinan anaknya, maka kami menukar turn untuk beraya di Kedah terlebih dahulu.. Biasalah dirumah kedah tiada apa persiapan yang kami lakukan kerana kami selepas solat akan ke pusara Arwah Abah dan Mama. Kemudian terus bergerak ke kampong di Pendang untuk bertemu tok dan makcik serta pakcik. Macam biasalah kami berempat akan pulang dan menziarahi rumah saudara mara… dan soalan yang diterima oleh suamiku adalah dari seseorang yang rapat dengannya.. nak dikatakan soalan lebih kepada ayat penyata kot.
T : kiranya tak ada anaklah yea ang.
Syg: tersenyum sahaja..
Ya Allah begitu sekali terkeluar dari mulut seseorang yang lebih tua dari kita. Lupakah kepada Qada’ dan Qadar yang Allah tetapkan untuk setiap manusia. Diriku apa perasaannya bila syg bagitau tentang ini hanya mampu tersenyum. Seperti rakan lain yang mengalami situasi seperti diriku pasti akan merasa tidak ingin untuk pergi lagi kerumah tersebut tapi kami xmampu lakukan apa-apa maklumlah saudara terdekat. Doakanlah anak cucu dan saudara kita agar dikurniakan zuriat bukannya membuat pertanyaan sebegitu.
Kenapa kita selalu mempersoalkan kepada mereka yang mencuba untuk bersabar, bertabah menghadapi dugaan ini. Kenapa kita perlu untuk menambahkan lagi luka hati mereka. Kenapa tidak kita apabila memandang mereka dan mendoakan mereka moga dikurniakan rezeki dan zuriat daripada kita mempersoalkan perkara yang memang kita ketahui bahawa mereka tidak mampu untuk menjawabnya.

Bersambung  yea…

|
0

Ramadhan Datang Lagi…

Posted by finie && eddie on 8/09/2014 12:56:00 PTG



Tahun keempat menyambut ramadhan bersama suami dan merupakan tahun ketiga menyambutnya di Batu Pahat serta tanpa Abah disisi. Jika tahun 2013 mengalami keguguran di bulan Ramadhan, berharap tahun ini akan dapat berita gembira. Hari yang dilalui pada bulan ramadhan tahun ini luar biasa kerana tahun ini diriku agak kurang memasak pada hari bekerja kerana kesuntukan masa bila sampai dirumah. Maka sygku dengan rela hati memasak nasi dan membeli lauk-pauk.. Gerai yang kami pergi pun memang berpatutan dan sesuai dengan selera kami berdua. Hanya hari minggu sahaja baru memasak. Namun begitu bulan ramadhan ini beras 5KG abis digunakan.. Banyak juga kami makan rasanya.. hihihi.. Dan berita gembiranya dapat cuti balik kampong selama 9 Hari… Yeay dapat balik kampong… Alhamdulillah puasa penuh tahun ini.. tapi bila UPT  -ve.. ;(  Malas memikirkan hal tersebut, tapi masih berharap memandangkan P belum memunculkan diri.. Akhirnya 1 syawal P datang memunculkan diri.. sedih terasa dihati ini tapi siapalah kita untuk mempersoalkannya..  Wajah kehampaan terlukis di wajah syg bila diberitahu P datang… Sorry…

|
0

June 2014

Posted by finie && eddie on 8/09/2014 12:55:00 PTG
Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tak update blog ini… Busy sangat sekarang ini dengan kerja yang tak pernah putus. Walaupun penat dan kadang kala mengeluh namun apabila difikirkan orang lain yang lebih susah dalam mencari rezeki yang halal, membuatkan diriku begitu bersyukur.. Dugaan dan cabaran adalah salah satu proses mengenal erti kehidupan dan mendekatkan diri kita kepadaNya. Bulan ini tiada apa yang dilakukan selain rutin harian mengambil vitamin EPO dan asid folic..Salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat kami… Untuk rawatan dengan doctor pakar masih lagi belum berjumpa.. terdapat banyak kekangan yang tidak dapat untuk aku laksanakan disamping masalah2 teknikal yang lain.

Jun adalah bulan kelahiran suamiku..sambutan ringkas dimana hanya berdua sahaja tahun ini tidak seperti tahun sebelum ini dibanjiri sahabat handai… Tahun ini permintaan syg untuk hanya meraikan berdua sahaja..maka seperti biasa ayg akan memasak untuk meraikannya.. Ayg ada buatkan kad untuk sayang…tahun ni taka da surprise seperti  2 tahun lepas dan setahun lepas.. Saje tahun ini membuat kelainan tanpa surprise..Lagipun dah dekat bulan ramadhan kan..xlama lagi ramadhan bakal menjelang…

|
0

Mencuba dan mencuba

Posted by finie && eddie on 5/15/2014 12:01:00 PG

Lagi hobi dan terapi buat diriku..


|
0

Quote

Posted by finie && eddie on 5/14/2014 11:57:00 PTG

Diam itu lebih baik...


|
0

Akhirnya kau luahkan

Posted by finie && eddie on 4/20/2014 08:59:00 PTG

Terima kasih kerana akhirnya perkara itu telah kau luahkan..biarpun tidak ditujukan secara langsug kepada aku namun penulisanmu aku mengerti..perubahan fasa hidupku membuatkan perubahan kepada hubungan kita..sungguh aku xsangka dan menyangka... tapi tak mengapa kerana aku tahu kau sudah menemui pengganti diriku sehingga sanggup kau lupakan aku..tiada kata hanya mampu tersenyum sahaja...doaku moga kau sentiasa dilimpahi kebahagiaan buat dirimu...


|
0

Memasak kegemaranku

Posted by finie && eddie on 4/15/2014 11:18:00 PTG

Memasak adalah kegemaranku dan aku suka mencuba resepi yang baru..


|
0

Terapi buat diriku

Posted by finie && eddie on 4/15/2014 11:14:00 PTG

Assalamualaikum dan selamat malam...
Dah lama tak update cerita...mungkin disebabkan tiada cerita atau terlalu banyak cerita untuk dirungkai... walau apapun biarlah ianya menjadi satu pengalaman berharga buat diriku...
Pertama nak cerita mengenai apa yang selalu bermain difikiranku.. sahabat satu ungkapan yang cukup sinonim antara kami... namun semakin hari aku memikirkan semakin aku tidak mengerti maksud sebenar... adakah jarak mengubah hubungan ini atau ketidaksempurnaan diri ini membuat hubungan ini berubah.. ku cuba bersikap positif...perkara ini berulang lg...jika dulu ade yg berkata aku masih dianggap seperti dlu. Namun aku nmpk perubahan itu...
Seperti kata kawanku, usah bersedih kawan andai dirimu dilupakan, bacalah Al-fatihah dan sedekah kepadanya itu yang sebaiknya... Alhamdulillah aku mampu mengharunginya..

Kedua adalah kerja yang banyak menimbun... sampai satu tahap macam nak berhenti dan melarikan diri..terlalu banyak masalah yang timbul...tapi bila memikirkan itu bukan cara terbaik ku telan jua... semoga dipermudahkan olehNya... amin..

Ketiga adalah semangat membuat kek kembali lg... hasilnya pada hari ahad lepas berjaya membuat satu kek yang boleh dikategorikan sedap...puji diri sendiri... tada..maka ini menjadi satu terapi huat diriku...


|
0

Al-fatihah

Posted by finie && eddie on 3/25/2014 09:55:00 PTG

8hb mac negara dikejutkan dgn kehilangan kapal terbang MH370 dan satu sejarah hitam buat negara. Dalam penerbangan itu terdapat seramai 239 orang termasuk krew dan penumpang.  Sejak hari itu setiap hari doa dimohon agar dipertemukan mh370 bagi merungkai misteri. Bermacam spekulasi keluar dr seluruh masyarakat dunia. Maka pada 24hb mac 2014, dikhabarkan mh370 berakhir di lautan hindi. Sedih rasa hati tak terkata biarpun tiada saudara mara yg ade bersama namun kehilangan itu amat perit untuk diterima. Redha dan sabar mungkin satu ucapan yg selalu dititipkan namun jika dirasai pasti ianya tidak tertanggung.. walau apapun semoga kejadian ini memberi hikmah yg bermakna buat kita semua... Al-fatihah.


|
0

Sahabat

Posted by finie && eddie on 3/25/2014 09:44:00 PTG

Sayu rasa hati bila mengenangkan apa yg sedang berlaku ini.. mungkin hanya aku yg merasa atau dia turut merasa perkara yang sama... itu aku tidak dapat pastikan kerana kini aku dan dia makin jauh..terasakah dia dengan ketiadaanku disisi...aku seringkali terfikir dan memikirkan, mengapa ini terjadi...adakah sebab keegoanku atau sebab aku sudah tidak diperlukan...walau begitu setiap hari aku doakan dia agar sentiasa dilindungi dan diberikan kebahagiaan serta senyuman...terlalu banyak untuk diungkapkan kepadamu sahabat...tapi sudikah lagi dirimu mendengarnya? aku rindukan kamu..aku sayang padamu..aku minta maaf sebab byk sakitkan hatimu..aku bukan sahabat sempurna untukmu..dan aku xlayak dipanggil sahabat...tapi ketahuilah dirimu...aku terlalu sayangkan dirimu...jarak memisahkan kita dan aku semakin jauh darimu...aku doakan kau bahagia...with love untukmu sahabat..


|
0

Sept, okt, nov, disember

Posted by finie && eddie on 2/18/2014 11:37:00 PTG

Empat bulan terakhir bg tahun 2013... sept dan oktober seperti biasa saje.. sept besday mak dan hari ulangtahun perkahwinan mak dan abah.. rindunya bila mengingati saat 2009 dimana kami bersama menyambutnya...biarpun hanya sebiji kek coklat lewat malam namun itulah hari dimana kami semua dapat berkumpul dihari ulangtahun perkahwinan mak dan abah...

Oktober adalah bulan dimana kami gembira dan berduka.. di bulan ini kami menyambut hari lahir abah dan bulan ini juga pada tahun 2011 abah pergi buat selamanya...tiada lg insan lelaki yang amat menyayangi diri ku...satu2nya lelaki yg memberikan yg terbaik untukku...teman menonton bola bersama sambil bersantai diatas riba...biarpun telah besar namun kegemaranku adalah tido diatas riba arwah abahku.. Ya Allah itulah tempat paling selesa bagiku... namun aku terkilan kerana tiada disisinya Disaat dia akan pergi untuk selamanya... maafkan adek abah kerana abah tidak sempat menatap wajah anak kesayanganmu ini untuk kali terakhir.. adek sayang abah..

November adalah dimana sedar atau tidak setahun sudah ku bekerja ditempat baru... Alhamdulillah dapat kenaikan gaji... biarpun xbyk tapi aku terima sebagai sebahagian dari rezekiku...

Disember penutup thn 2013..biasa sahaja..tak ada menarik sgt..

Selesailah setahun perjlnanku...akan bertambah umurku..moga 2014 memberiku rezeki anak..amin. .


|
0

September dan Oktober 2013

Posted by finie && eddie on 12/28/2013 11:28:00 PG
Tiada cerita sangat untuk bulan ini. Cuma kedua-dua bulan ini adalah hari kelahiran ibuku dan ulangtahun perkahwinan mak dan arwah abah. Tahun ni mak sambu birthday di sabah bersama sepupuku. Selamat Hari Lahir Mak.. semoga dipanjangkan umur agar dapat melihat kehadiran cucumu suatu hari nanti. Semoga Allah perkenankan setiap doa mak. Amin.  Bulan September begitu sibuk dengan kerja-kerja ofis yang tak pernah habis dan sentiasa mengimbangi dengan tugasan rumah tangga.  Oktober pula menjelma dimana bulan yang cukup dengan suka dan duka. Hari kelahiran arwah abahku pada 3. Okt dan hari pemergiaannya meninggalkan aku dan keluarga untuk menemui penciptaNya pada 24 Oktober adalah sukar untuk aku teirma. 2 Tahun berlalu sejak pemergianmu Abah.. anak kecilmu ini masih terasa kehangatan tanganmu membelai tubuhku. Dalam kehangatan bola sepak masih teringat kenangan menonton bola sepak bersamamu ketika itu Kelantan adalah negeri di tangga tercorot liga. Kini abah tahu tak, Kelantan antara negeri yang digeruni oleh pihak lawan. Biarpun 2013 tidak seperti tahun 2012 namun tahun ini kita masih lagi mampu memberi saingan. Piala FA masih dibawa ke Kelantan. Sekarang dunisa bola sepak dah semakin rancak. Sekarang gaji bagi pemain semua tinggi2 disebabkan ada negeri yang begitu ghairah untuk membeli pemain tanpa mengira peraturan. Dan jika ada pemain yang memang mengejar gaji pasti tidak melepaskan peluang ini. Namun kita tidak boleh salahkan mereka kerana itulah sumber rezeki mereka. Alahai dah melaluk perihal bola plak disini. Abah bila tiba musim raya haji adek dah xbalik abah. Adek sebenarnya masih tidak kuat untuk tersenyum dihari raya aidiladha kerana ingatan kuat kenangan2 kita dihari raya. Adek seperti terasa kehadiran abah disisi. Pelikkan sedangkan hari raya aidilfitri adek masih lagi dapat pulang ke kampong. Tapi itulah hari raya aidiladha selalu adek ikut abah ke tempat sembelih lembu dan abah akan cuba untuk mendapatkan bahagian yang menjadi kegemaran adek. Sungguh tinggi kasih sayangmu buatku abah.. Adek doakan agar abah di tempatkan dikalangan orang beriman.. –Al-Fatihah-

|
0

Ogos 2013

Posted by finie && eddie on 10/29/2013 11:51:00 PG


Bulan Ramadhan lagi..bulan ni juga jadi bulan syawal dan bulan ini juga aku dilahirkan pada 28 tahun yang lalu oleh ibuku siti Rahani. Terima kasih mak sebab lahirkan adek. Mak selalu cerita, bersalinkan aku adalah yang paling senang dan tidak sakit sangat. Waktu tu mak dirumah bersama arwah nenekku kerana arwah abahku tiada dirumah. Sekitar jam 5.00 pagi mak dah rasa sakitnya tapi masih boleh bertahan memandangkan masih awal pagi. Ketika tu, arwah nenek demam maka tidak dapat la untuk melihat keadaan mak dengan teliti. Hampir 30 minit kemudian emak rasa seperti hendak bersalin dan apabila emak lunjurkan kakinya dengan pantas mak rasa ada sesuatu telah keluar. Time itu kelam kabut arwak nenek saudaraku bangun untuk memeriksa dan ternyata aku telah dilahirkan dengan selamat. Setelah itu, barulah arwah abahku tiba. Memandangkan adik beradikku yang lain adalah lelaki apabila diberitahu mak melahirkan anak perempuan betapa gembiranya mak dan arwah abahku. Arwah nenekku juga ada berjanji sekiranya anak perempuan akan dihadiahkan seutas rantai. Biarpun aku masih kecil waktu itu tapi mengikut emak aku, sehari selepas dilahirkan aku menangis tanpa henti. Puas dibuat untuk menghentikan tangisan akhirnya arwah nenekku memberikan wang untuk dibelikan rantai barulah aku berhenti menangis. Rupanya aku menuntut janji dai arwah nenekku. Sikap itu telah melekat dalam diri aku hingga kini dimana siapa yang berjanji pasti aku tuntut sehingga dapat oleh itu jangan berjanji sesuatu diluar kemampuan. Hihihi.. Disebabkan itu juga incik suami tidak akan berjanji sebaliknya akan laksanakan bila ia berkemampuan dan ianya menjadi satu kejutan buat diriku. Tahun ini incik suami hadiahkan handbag sembonia kepada diriku setelah sekian lama aku menyuarakan hasrat untuk membeli handbag tersebut. Thanks sayang diatas kejutan ini dan sesungguhnya hadiah itu amat bermakna dikala handbag aku sudah mula menunjukkan tali yang hampir putus. Ini mengingatkan aku kepada sesuatu iaitu “Allah tidak akan memberi apa yang kita hendaki tetapi memberi apa yang kita perlukan pada masa yang sesuai”.  Raya tahun ini aku akan pulang beraya bersama adik-adik iparku terlebih dahulu. Tahun ini cuti tidak dapat panjang disebabkan hari raya di pertengahan minggu. Tema baju raya tahun ini adalah gold dan kami beraya dengan memakai baju sedondon satu keluarga. Alhamdulillah tahun ini kami Berjaya menziarahi hampir kesemua saudara mara dan pusara ibu dan bapa mertuaku. Raya kedua dah bergerak balik ke Kelantan. Tiba hanpir lewat petang memandangkan jalan yang jem. Namun itu tidak menjadi masalah kerana niat kami bertemu keluarga tercinta. Aku juga dapat membuat perjumpaan kecil antara sahabat sekolah menengah. Seronok bila sesekali bertemu dan dapat mengeratkan silaturahim. Seperti ingin membuat satu pertemuan bersama-sama untuk masa seterusnya. Bulan ogos adalah bulan kami berjalan serata Malaysia. 

|
0

Julai yang Menduga Hati

Posted by finie && eddie on 10/11/2013 02:12:00 PTG
Bulan Ramadhan telah menjelma.. Seperti selalu bulan ramadhan adalah bulan dimana aku akan lebih banyak membeli makanan untuk berbuka memandangkan waktu balik kerja yang lewat. Hampir pukul 6.30 ptg baru tiba dirumah. Namun agak berlainan dengan tahun ini kerana aku dan incik suami tidak berselera sikit terutama dalam bab makan nasi sedangkan dahulu ianya adalah makanan utama kami. Aku telah lewat kedatangan bulan tapi itu mungkin kerana kebiasaanku yang tidak tetap. Maka aku masih lagi mengambil langkah berjaga memandangkan kami memang berniat untuk mempunyai anak. Pada 10hb aku lihat ada sedikit darah dan itu aku anggap ianya sebagai biasa mungkin permulaan untuk datang bulan. Setelah itu pada 13hb, aku dan incik suami pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu mak dirumah angahku. Pada mulanya aku rasa sakit dibahagian pinggang  tidakku endahkan. Perjalannan dari Batu pahat ke Pagoh incik suami yang memandu tetapi setelah itu, aku mengambil alih pemanduan memandangkan incik suami mengantuk..  Sepanjang perjalanan itu, semakin sakit pinggang dan perutku, ku sangkakan itu petanda senggugut sahaja maka aku hanya menahan sahaja. Sampai aku dirumah angahku, kesakitan makin terasa, maka aku mengambil kesempatan untuk berbaring sekejap di bilik. Anak-anak buahku yang comel leka bermain dengan incik suami. Bila dirasakan makin menggigil badan ini menahan sakit terus ku minta incik suami bawakan panadol dan air untuk dimakan. Setelah dimakan tidak juga lega dan dalam masa 10 minit selepas itu, ku rasa ingin muntah dan ketika itu jugalah segumpal darah telah keluar. Sedarlah aku bahawa masa itu aku telah keguguran. Waktu itu hanya Allah yang tahu bila mengetahui bahawa aku tela keguguran. Disaat itu, ku lihat wajah kehampaan pada incik suami tapi aku sedar ianya masih bukan rezeki kami berdua. Mungkin juga silap dari aku kerana tidak menjaga diri sebaiknya hingga menyebabkan keguguran. Sedihnya terasa kerana penantian dua tahun masih belum menjadi kenyataan. Namun sedikit demi sedikit aku terima dengan redha dan tabah. Maafkan umi sebab tidak menjagamu sebaiknya. Bulan julai juga aku diterima untuk menghadiri peperiksaan bagi jawatan F41, namun keputusannya gagal.. Mungkin telah tersurat bukan rezeki aku. Pengakhiran bulan Julai penuh dengan dugaan dan ujian daripadaNya  yang mungkin sebagai peringatan untukku mendekati dan mengingatiNya. 

|
0

April - Jun 2013

Posted by finie && eddie on 10/10/2013 01:42:00 PTG
April, keputusan telah dibuat, Perodua Alza menjadi pilihan kami. Maka kami menguruskan prosedur yang diperlukan oleh pihak perodua untuk dihantar ke Bank. Segalanya berjalan lancer Cuma terdapat sedikit kesulitan dimana incik suami sangkut ctos untuk p1 Wimap. Maka disettlekan segalanya dan Alhamdulillah 2 minggu kemudian keluarlah White Rhino. Sebelum itu ada cerita menarik, bila awal april my best friend Cuna dan Wan datang kerumah kami. Dalam pengiraan-pengiraan kami untuk mebeli kereta baru, maka dengan secara tak langsung kami turut mengajak mereka berdua untuk membeli kereta sama dengan kami. Pada mulanya mereka seperti tidak berapa minat. Guess what, mereka juga membeli kereta yang sama dengan kami cuma berbeza warna.  Kereta kami hanya beza 1 minggu sahaja. Alhamdulillah kami dah ada kereta untuk berjalan jauh dengan selesa. Hujung bulan aku balik kedah lg kerana ada kenduri disana. Sebelum itu, singgah umah makcik kat klang sebab ada kenduri disana. Tapi balik kali ini tiada cuti-cuti kerana duit dh abis byr down payment keta..hihihi…

Mei kali ni balik Kelantan plak. Mak sakit. Sebelum tu dah pegi berjalan ke Melaka. Pengalaman lalu mengajar aku untuk tidak lagi berlengah sekiranya ada family terdekat sakit. Sekiranya berlaku apa-apa ianya tidak akan membuat kita rasa menyesal di kemudian hari. Kereta aku hantar servis 1000 KM  selepas seminggu di keluarkan. Peroduo servis merasa pelik ekoran jumlah KM yang cepat digunakan oleh kami. Kemudian untuk servis kedua pn kami hantar setelah sebulan dari yang pertama. Mereka bertanya kereta ni jalan kemana dah, kami maklumkan kereta dah jalan dari Selatan ke Utara kemudian ke Timur. Tersenyum pekerja perodua tersebut. Bulan Mei hanya balik ke Kelantan sahaja.


Jun adalah bulan birthday incik suami. Maka aku pn plan baik la, sebab 2011 plan aku Berjaya dengan jayanya mengejutkan dia.. 2011 aku masih kerja di kuala lumpur. Tapi aku dah amik cuti siap-siap untuk spend masa dengannya. Tahun 2012 tak de plan sangat sebab time tu hanya sambut berdua aje. Tahun ni aku plan dengan kawan-kawannya untuk jumpa di KFC.  Siap beli kek kegemarannya incik suami blueberry cheese cake…seronok dapat bt incik suami terkejut kali kedua…hihihi… bulan ni pn xpegi mane sebab next month dah puasa.. kena spend duit utk raya plak…

|
0

Jan - Mac 2013

Posted by finie && eddie on 10/10/2013 11:52:00 PG
Januari adalah permulaan tahun dan kami telah berkahwin 1 tahun 10 bulan. Buat masa sekarang kami masih lagi berdua. Masih bukan rezeki kami untuk menerima ahli baru dalam kehidupan kami. Mungkin Allah telah tetapkan untuk kami berdua terlebih dahulu. Melayari kehidupan berdua dan memupuk kasih sayang antara kami. Banyak masa kami habiskan berdua.. berjalan-jalan di waktu malam, berseronok dihujung minggu dan sebagainya. Ianya seolah-olah hanya kami berdua didunia ini. Kekosongan itu kami pendam sedalamnya walaupun kami masing-masing menyedari kami begitu inginkan kehadirannya disisi kami. Tapi kami redha dan berserah kepadaNya. Ya Allah kau tetapkan hati kami dan kuatkan hati kami dalam menempuhi ujian ini kerana kami percaya terdapat perancangan yang terbaik untuk diriku dan keluarga dari Mu.

Februari dah menjelma..ada tahun baru cina, maka kami bercadang untuk Road Tour North. Maka kami mula la service white mousedeerku walau dalam hati sebenarnya mampu ke sampai ke Utara. Kemudian ada insan yang begitu baik hati, tanpa disangka telah menawarkan keretanya kepada kami. Semoga Allah murahkan rezeki Hafiz dan Aisyah. Pertolongan kalian amat bermakna dan besar maknanya kepada kami. Maka kami pulang ke utara menaiki TRW myVi. Oleh yang demikian kami merancang untuk ke Perlis dan Pulau Pinang. Maka setibanya kami di kg halaman, maka tempat pertama kami singgah adalah Nasi Lemak Royale.. Itu adalah kegemaran incik suami dan tidak akan dilepaskan sekiranya balik kedah. Keesokkan harinya kami berjalan ke Perlis. Tiada apa yang hendak dibelikan tetapi sekadar memenuhi masa bersama keluarga. Seharian disana kemudian berpatah balik ke kedah. Next destinasi adalah Pulau Pinang. Kami terlupa untuk menempah Hotel maka kami hanya pergi kemudian petang baru mencari hotel. Kami berjalan sakan dari menaiki feri kemudian ke batu feringgi. Biarpun penat tapi masih meneruskan perjalanan sehingga malam melepak di drive gurney menikmati suasana di tepi laut. Sangat romantik..hihihi.. Aku juga dapat merasa makan di Seoul Garden. Di Pulau Pinang juga kami singgah ke bukit bendera. Akhirnya aku sampai kesana… 

Mac adalah waktu untuk simpan kembali duit untuk pegi bercuti lagi. Aku ni suka sangat bercuti-cuti terutama ke pantai-pantai. Tapi bulan mac takde cuti-cuti kerana banyak kerja kena settle dan yang penting planning kami nak mendapatkan kereta baru. Bulan ini beria dan bersungguh kami cuba mencari kereta yang sesuai untuk kami sekeluarga. Memandangkan kami perlukan kereta yang selesa untuk perjalanan dari selatan ke utara atau timur. First yang kami berkenan adalah Nissan Almera. Kami pegi ke outlet Nissan dan mencuba. Memang best tapi bila dibuat pengiraan agak tinggi juga bayaran ansuran bulanan. Maka kami berfikir lagi untuk melihat kereta yang lain. Kemudian incik suami pergi test drive sendiri kereta Perodua Alza. Dengan muka excited bagitau kereta ini sesuai dan bulanan pun mampu kami bayarkan. Aku hanya tersenyum kerana hal kereta aku serahkan kepadanya. Kemudian satu ahri balik dari kerja diajak untuk mencuba Proton Preve plak. Lagi excited bercerita… setelah itu kami membuat pengiraan kewangan dan baik-buruk kereta tersebut. Maka Nissan Almera terpaksa dikeluarkan dari pilihan memandangkan komitment agak tinggi. Keputusan belum di putuskan. Opps terlupa bulan ni genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami. Harapanku agar kami dikurniakan zuriat. Selamat ulangtahun perkahwinan incik suami…

|
0

Permulaan Baru di Tempat Kerja Baru

Posted by finie && eddie on 10/10/2013 11:19:00 PG

Flashback kembali permulaan di tempat kerja baru.. Dalam tekanan di tempat kerja lama disamping gaji yang agak tidak berbaloi, berkira-kira dengan encik suami untuk mencari kerja baru. Maka tanpa di duga mendapat panggilan dari sebuah syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan yang baru. Tiada sangka hadir temuduga dan diberikan gaji yang lebih tinggi selain waktu bekerja yang lebih pendek iaitu hari sabtu hanya ½ hari sahaja. Tanpa melepaskan peluang, aku menerima tawaran tersebut dan mula bekerja pada 15. Nov.2012.

Jawatan yang ditawarkan adalah Merchandiser, dan projek yang diamanahkan adalah Kementerian Kesihatan Malaysia. Dan sesuatu  yang tidak dijangka aku diberikan sebuah bilik. Projek itu agak besar dan melibatkan satu amaun yang besar. Aku menguruskan dari A hingga Z. mencabar fizikal dan mental tetapi aku mengambilnya sebagai satu cabaran untuk menghadapinya. Memang begitu mencabar kerana terpaksa melayan karenah customer yang memerlukan order yang diminta di selesaikan dengan cepat sedangkan waktu yang diperuntukkan adalah pendek. Agak kelam kabut tapi lama kelamaan semakin maju dan Berjaya. Tetapi ada yang masih pending 2 customer. Agak kecewa tapi jika dikira ianya Berjaya. (perasan jap). Segalanya mula dipermudahkan oleh Allah bila niat kita hanya keranaNya.  Semoga pekerjaanku diredhai dan dipermudahkan. In shaa Allah.

|
0

Oktober

Posted by finie && eddie on 10/10/2013 11:05:00 PG

Terlalu banyak kenangan yang tercipta samada manis dan pahit. Oktober adalah hari lahir arwah abahku dan abah angkatku.. Masihku ingat 3 oktober adalah hari lahir kedua-dua insan yang bergelar Bapa. Oktober juga pada 1 Oktober 2011, aku kembali ke bumi Batu Pahat, Johor. Tinggal bersama incik suamiku yang bertugas disini., aku tinggalkan kawan-kawan yang banyak mengharungi suka dan duka di kota metropolitan Kuala Lumpur. Pada 15. Oktober 2011 aku mula bekerja sebagai kerani di kilang unijoh sdn. Bhd. Sebuah kilang yang sederhana besar. Pada permulaan kerja, betapa sukarnya dari gaji yang agak besar kepada gaji yang semakin kecil, namun aku bersyukur kerana aku telah dapat hidup sebagai suami isteri disisinya. Jika dulu kami adalah suami isteri hujung minggu. Namun aku dapat mengenali kakak-kakak dan kawan-kawan baru disini. Disinilah aku mula mendapat ilmu tentang Microsoft Excel dengan begitu mendalam.. Disini aku belajar menggunakan fungsi-fungsi yang selama ini aku tidak pernah terfikir atau menggunakannya. Memang hakikatnya pelajar banyak di dedahkan dengan penggunaan Microsoft Word kerana kebanyakkan digunakan untuk membuat assignment yang diberikan oleh Pensyarah.  Oleh itu, disini aku juga mendapat pengalaman dimana aku bekerja bukan dalam bidang yang dipelajari. Berbeza dan membantu aku mempelbagaikan skillku untuk masa hadapan. Genap setahun aku disini, maka berhijrahlah aku dari syarikat ini.
24.Oktober. 2011 adalah saat yang menyakitkan dan aku kehilangan abahku yang tersayang. Al-Fatihah untuk Allahyarham Hj. Saad Bin. Noh dan semoga Rohnya Dicucuri Rahmat. Disebabkan aku baru sahaja seminggu bekerja, maka aku mengambil keputusan untuk menangguhkan sementara untuk pulang menjenguk arwah abah yang pada masa itu tengah demam. Aku sangkakan demam biasa seperti selalu. Rupanya ianya petanda abah akan pergi meninggalkan kami. Malah aku tidak sempat menemuinya disaat pemergian kerana aku ketika itu berada di perjalanan untuk pulang. Jika sebelum ini aku adalah yang pertama akan pulang apabila abah sakit, tapi kali ini telah Allah tetapkan aku tidak dapat menemuinya disaat terakhir. Walau begitu pahit namun aku redha diatas ketentuan Nya. Biarpun hampir 2 tahun abah meninggalkan kami sekeluarga, namun ianya sentiasa subur dalam hati kami. Kehilangan amat dirasai kerana tiada lagi doa dari seorang ayah untuk anaknya. Al-Fatihah..
Oktober 2013, Kuharapkan terdapat sinar cahaya untuk kami sekeluarga. Hampir dua tahun aku berada di Batu Pahat, banyak suka duka di tempuhi. Hubungan kami juga telah mencapai 2 tahun 6 bulan dan sehingga hari ini kami masih berdua. Doakan kami agar dapat zuriat yea..


|

-kami dah bertunang-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami Dah Bersatu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Abah birthday...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

umi birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Copyright © 2009 Sesuci Kasih Shafdi