0

Selamat Ulangtahun perkahwinan yang pertama

Posted by finie && eddie on 4/09/2012 03:31:00 PTG
Tahun ni merupakan tahun pertama aku menyambut hari ulangtahun perkahwinanku…
sambutan yg sederhana dan bermakna untuk kami berdua…
hanya sepotong kek bersama 4 cupcake…namun ianya adalah kenangan yang akan
diingati oleh kami berdua…
Kami bersyukur kerana mampu menghadapi tahun pertama alam rumahtangga dengan berjaya..
insyaallah akan kami pertahan istana bahagia ini sehingga ke akhir hayat kami…
walaupun sehingga kini kami masih lagi belum dikurniakan zuriat tetapi kami bahagia hidup bersama..
belum rezeki dari Allah dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kami…
doakan kami sentiasa bahagia dan dilimpahkan rezeki dari Allah yea semua…sayang semua…

|
0

Rindu

Posted by finie && eddie on 4/07/2012 05:06:00 PTG
Assalamualaikum,

Dah lama tak update blog ni, maklumlah dh berubah tempat kerja...pejabat baru dan kawan baru...
Hati ini sebenarnya merindui sangat kepada orang2 yang banyak menghiasi hariku selama ini...mereka yang sentiasa ada disaat aku jatuh dan bangun..saat aku menghadapi kedukaan dan kegembiraan...Biarpun kini mereka jauh dari aku tp mereka sentiasa ada dalam hati dan fikiran ini...

Insan Pertama yang dirindui adalah Arwah Abahku.
Sesungguhnya 24 oktober 2011 merupakan hari yang tak mungkin kami lupakan kerana arwah abahku telah meninggalkan kami semua...begitu cepat perkara ini terjadi sebelum sempat melihat cucunya...Arwah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupku kerana aku adalah anak manjanya...rindu sgt kt abah... Al-Fatihah untuk Arwah Abahku..

Insan Kedua yang Dirindui adalah Keluarga yang Jauh...memandangkan anakmu kini diperantauan...kami berdua sentiasa merindui keluarga...namun aku bersyukur kerana dikurniakan suami yang sentiasa ada disisi biarpun susah macamana...terima kasih SAYANG....love u 4 ever...

Insan Ketiga yang dirindui adalah BFFku..mawarniz yang sentiasa berada disisiku sepanjang susah senangku sepanjang aku bersamanya selama ini..thanks beb sbb menjadi bahu disaat kedukaan dan kegembiraan ku...selain itu puan husna dan cik aznida, begitu memahami diri ini biarpun jarang bertemu...mereka dan kwn2 yg lain adalah teman terbaikku....

Insan keempat tentulah kakak kesayanganku kak anis dan kak noni...masih jelas terbayang betapa kita bertiga sentiasa bersama untuk makan....senyum tawa, menangis kita sentiasa bersama...terima kasih akak berdua kerana banyak membantu adikmu yang sentiasa memberi masalah kepada kalian....sayang kakak berdua...

Insan kelima adalah kak yus, kak dina dan kak sharmila...terlalu banyak jasa kalian bertiga untukku..terima kasih byk2...

stop dlu entry kali ini.....sayang dan rindu semua org........ hugs...

|

-kami dah bertunang-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami Dah Bersatu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Abah birthday...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

umi birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Copyright © 2009 Sesuci Kasih Shafdi