0

September dan Oktober 2013

Posted by finie && eddie on 12/28/2013 11:28:00 PG
Tiada cerita sangat untuk bulan ini. Cuma kedua-dua bulan ini adalah hari kelahiran ibuku dan ulangtahun perkahwinan mak dan arwah abah. Tahun ni mak sambu birthday di sabah bersama sepupuku. Selamat Hari Lahir Mak.. semoga dipanjangkan umur agar dapat melihat kehadiran cucumu suatu hari nanti. Semoga Allah perkenankan setiap doa mak. Amin.  Bulan September begitu sibuk dengan kerja-kerja ofis yang tak pernah habis dan sentiasa mengimbangi dengan tugasan rumah tangga.  Oktober pula menjelma dimana bulan yang cukup dengan suka dan duka. Hari kelahiran arwah abahku pada 3. Okt dan hari pemergiaannya meninggalkan aku dan keluarga untuk menemui penciptaNya pada 24 Oktober adalah sukar untuk aku teirma. 2 Tahun berlalu sejak pemergianmu Abah.. anak kecilmu ini masih terasa kehangatan tanganmu membelai tubuhku. Dalam kehangatan bola sepak masih teringat kenangan menonton bola sepak bersamamu ketika itu Kelantan adalah negeri di tangga tercorot liga. Kini abah tahu tak, Kelantan antara negeri yang digeruni oleh pihak lawan. Biarpun 2013 tidak seperti tahun 2012 namun tahun ini kita masih lagi mampu memberi saingan. Piala FA masih dibawa ke Kelantan. Sekarang dunisa bola sepak dah semakin rancak. Sekarang gaji bagi pemain semua tinggi2 disebabkan ada negeri yang begitu ghairah untuk membeli pemain tanpa mengira peraturan. Dan jika ada pemain yang memang mengejar gaji pasti tidak melepaskan peluang ini. Namun kita tidak boleh salahkan mereka kerana itulah sumber rezeki mereka. Alahai dah melaluk perihal bola plak disini. Abah bila tiba musim raya haji adek dah xbalik abah. Adek sebenarnya masih tidak kuat untuk tersenyum dihari raya aidiladha kerana ingatan kuat kenangan2 kita dihari raya. Adek seperti terasa kehadiran abah disisi. Pelikkan sedangkan hari raya aidilfitri adek masih lagi dapat pulang ke kampong. Tapi itulah hari raya aidiladha selalu adek ikut abah ke tempat sembelih lembu dan abah akan cuba untuk mendapatkan bahagian yang menjadi kegemaran adek. Sungguh tinggi kasih sayangmu buatku abah.. Adek doakan agar abah di tempatkan dikalangan orang beriman.. –Al-Fatihah-

|
0

Ogos 2013

Posted by finie && eddie on 10/29/2013 11:51:00 PG


Bulan Ramadhan lagi..bulan ni juga jadi bulan syawal dan bulan ini juga aku dilahirkan pada 28 tahun yang lalu oleh ibuku siti Rahani. Terima kasih mak sebab lahirkan adek. Mak selalu cerita, bersalinkan aku adalah yang paling senang dan tidak sakit sangat. Waktu tu mak dirumah bersama arwah nenekku kerana arwah abahku tiada dirumah. Sekitar jam 5.00 pagi mak dah rasa sakitnya tapi masih boleh bertahan memandangkan masih awal pagi. Ketika tu, arwah nenek demam maka tidak dapat la untuk melihat keadaan mak dengan teliti. Hampir 30 minit kemudian emak rasa seperti hendak bersalin dan apabila emak lunjurkan kakinya dengan pantas mak rasa ada sesuatu telah keluar. Time itu kelam kabut arwak nenek saudaraku bangun untuk memeriksa dan ternyata aku telah dilahirkan dengan selamat. Setelah itu, barulah arwah abahku tiba. Memandangkan adik beradikku yang lain adalah lelaki apabila diberitahu mak melahirkan anak perempuan betapa gembiranya mak dan arwah abahku. Arwah nenekku juga ada berjanji sekiranya anak perempuan akan dihadiahkan seutas rantai. Biarpun aku masih kecil waktu itu tapi mengikut emak aku, sehari selepas dilahirkan aku menangis tanpa henti. Puas dibuat untuk menghentikan tangisan akhirnya arwah nenekku memberikan wang untuk dibelikan rantai barulah aku berhenti menangis. Rupanya aku menuntut janji dai arwah nenekku. Sikap itu telah melekat dalam diri aku hingga kini dimana siapa yang berjanji pasti aku tuntut sehingga dapat oleh itu jangan berjanji sesuatu diluar kemampuan. Hihihi.. Disebabkan itu juga incik suami tidak akan berjanji sebaliknya akan laksanakan bila ia berkemampuan dan ianya menjadi satu kejutan buat diriku. Tahun ini incik suami hadiahkan handbag sembonia kepada diriku setelah sekian lama aku menyuarakan hasrat untuk membeli handbag tersebut. Thanks sayang diatas kejutan ini dan sesungguhnya hadiah itu amat bermakna dikala handbag aku sudah mula menunjukkan tali yang hampir putus. Ini mengingatkan aku kepada sesuatu iaitu “Allah tidak akan memberi apa yang kita hendaki tetapi memberi apa yang kita perlukan pada masa yang sesuai”.  Raya tahun ini aku akan pulang beraya bersama adik-adik iparku terlebih dahulu. Tahun ini cuti tidak dapat panjang disebabkan hari raya di pertengahan minggu. Tema baju raya tahun ini adalah gold dan kami beraya dengan memakai baju sedondon satu keluarga. Alhamdulillah tahun ini kami Berjaya menziarahi hampir kesemua saudara mara dan pusara ibu dan bapa mertuaku. Raya kedua dah bergerak balik ke Kelantan. Tiba hanpir lewat petang memandangkan jalan yang jem. Namun itu tidak menjadi masalah kerana niat kami bertemu keluarga tercinta. Aku juga dapat membuat perjumpaan kecil antara sahabat sekolah menengah. Seronok bila sesekali bertemu dan dapat mengeratkan silaturahim. Seperti ingin membuat satu pertemuan bersama-sama untuk masa seterusnya. Bulan ogos adalah bulan kami berjalan serata Malaysia. 

|
0

Julai yang Menduga Hati

Posted by finie && eddie on 10/11/2013 02:12:00 PTG
Bulan Ramadhan telah menjelma.. Seperti selalu bulan ramadhan adalah bulan dimana aku akan lebih banyak membeli makanan untuk berbuka memandangkan waktu balik kerja yang lewat. Hampir pukul 6.30 ptg baru tiba dirumah. Namun agak berlainan dengan tahun ini kerana aku dan incik suami tidak berselera sikit terutama dalam bab makan nasi sedangkan dahulu ianya adalah makanan utama kami. Aku telah lewat kedatangan bulan tapi itu mungkin kerana kebiasaanku yang tidak tetap. Maka aku masih lagi mengambil langkah berjaga memandangkan kami memang berniat untuk mempunyai anak. Pada 10hb aku lihat ada sedikit darah dan itu aku anggap ianya sebagai biasa mungkin permulaan untuk datang bulan. Setelah itu pada 13hb, aku dan incik suami pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu mak dirumah angahku. Pada mulanya aku rasa sakit dibahagian pinggang  tidakku endahkan. Perjalannan dari Batu pahat ke Pagoh incik suami yang memandu tetapi setelah itu, aku mengambil alih pemanduan memandangkan incik suami mengantuk..  Sepanjang perjalanan itu, semakin sakit pinggang dan perutku, ku sangkakan itu petanda senggugut sahaja maka aku hanya menahan sahaja. Sampai aku dirumah angahku, kesakitan makin terasa, maka aku mengambil kesempatan untuk berbaring sekejap di bilik. Anak-anak buahku yang comel leka bermain dengan incik suami. Bila dirasakan makin menggigil badan ini menahan sakit terus ku minta incik suami bawakan panadol dan air untuk dimakan. Setelah dimakan tidak juga lega dan dalam masa 10 minit selepas itu, ku rasa ingin muntah dan ketika itu jugalah segumpal darah telah keluar. Sedarlah aku bahawa masa itu aku telah keguguran. Waktu itu hanya Allah yang tahu bila mengetahui bahawa aku tela keguguran. Disaat itu, ku lihat wajah kehampaan pada incik suami tapi aku sedar ianya masih bukan rezeki kami berdua. Mungkin juga silap dari aku kerana tidak menjaga diri sebaiknya hingga menyebabkan keguguran. Sedihnya terasa kerana penantian dua tahun masih belum menjadi kenyataan. Namun sedikit demi sedikit aku terima dengan redha dan tabah. Maafkan umi sebab tidak menjagamu sebaiknya. Bulan julai juga aku diterima untuk menghadiri peperiksaan bagi jawatan F41, namun keputusannya gagal.. Mungkin telah tersurat bukan rezeki aku. Pengakhiran bulan Julai penuh dengan dugaan dan ujian daripadaNya  yang mungkin sebagai peringatan untukku mendekati dan mengingatiNya. 

|

-kami dah bertunang-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami Dah Bersatu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Abah birthday...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

umi birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Copyright © 2009 Sesuci Kasih Shafdi