0

Julai yang Menduga Hati

Posted by finie && eddie on 10/11/2013 02:12:00 PTG
Bulan Ramadhan telah menjelma.. Seperti selalu bulan ramadhan adalah bulan dimana aku akan lebih banyak membeli makanan untuk berbuka memandangkan waktu balik kerja yang lewat. Hampir pukul 6.30 ptg baru tiba dirumah. Namun agak berlainan dengan tahun ini kerana aku dan incik suami tidak berselera sikit terutama dalam bab makan nasi sedangkan dahulu ianya adalah makanan utama kami. Aku telah lewat kedatangan bulan tapi itu mungkin kerana kebiasaanku yang tidak tetap. Maka aku masih lagi mengambil langkah berjaga memandangkan kami memang berniat untuk mempunyai anak. Pada 10hb aku lihat ada sedikit darah dan itu aku anggap ianya sebagai biasa mungkin permulaan untuk datang bulan. Setelah itu pada 13hb, aku dan incik suami pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu mak dirumah angahku. Pada mulanya aku rasa sakit dibahagian pinggang  tidakku endahkan. Perjalannan dari Batu pahat ke Pagoh incik suami yang memandu tetapi setelah itu, aku mengambil alih pemanduan memandangkan incik suami mengantuk..  Sepanjang perjalanan itu, semakin sakit pinggang dan perutku, ku sangkakan itu petanda senggugut sahaja maka aku hanya menahan sahaja. Sampai aku dirumah angahku, kesakitan makin terasa, maka aku mengambil kesempatan untuk berbaring sekejap di bilik. Anak-anak buahku yang comel leka bermain dengan incik suami. Bila dirasakan makin menggigil badan ini menahan sakit terus ku minta incik suami bawakan panadol dan air untuk dimakan. Setelah dimakan tidak juga lega dan dalam masa 10 minit selepas itu, ku rasa ingin muntah dan ketika itu jugalah segumpal darah telah keluar. Sedarlah aku bahawa masa itu aku telah keguguran. Waktu itu hanya Allah yang tahu bila mengetahui bahawa aku tela keguguran. Disaat itu, ku lihat wajah kehampaan pada incik suami tapi aku sedar ianya masih bukan rezeki kami berdua. Mungkin juga silap dari aku kerana tidak menjaga diri sebaiknya hingga menyebabkan keguguran. Sedihnya terasa kerana penantian dua tahun masih belum menjadi kenyataan. Namun sedikit demi sedikit aku terima dengan redha dan tabah. Maafkan umi sebab tidak menjagamu sebaiknya. Bulan julai juga aku diterima untuk menghadiri peperiksaan bagi jawatan F41, namun keputusannya gagal.. Mungkin telah tersurat bukan rezeki aku. Pengakhiran bulan Julai penuh dengan dugaan dan ujian daripadaNya  yang mungkin sebagai peringatan untukku mendekati dan mengingatiNya. 

|
0

April - Jun 2013

Posted by finie && eddie on 10/10/2013 01:42:00 PTG
April, keputusan telah dibuat, Perodua Alza menjadi pilihan kami. Maka kami menguruskan prosedur yang diperlukan oleh pihak perodua untuk dihantar ke Bank. Segalanya berjalan lancer Cuma terdapat sedikit kesulitan dimana incik suami sangkut ctos untuk p1 Wimap. Maka disettlekan segalanya dan Alhamdulillah 2 minggu kemudian keluarlah White Rhino. Sebelum itu ada cerita menarik, bila awal april my best friend Cuna dan Wan datang kerumah kami. Dalam pengiraan-pengiraan kami untuk mebeli kereta baru, maka dengan secara tak langsung kami turut mengajak mereka berdua untuk membeli kereta sama dengan kami. Pada mulanya mereka seperti tidak berapa minat. Guess what, mereka juga membeli kereta yang sama dengan kami cuma berbeza warna.  Kereta kami hanya beza 1 minggu sahaja. Alhamdulillah kami dah ada kereta untuk berjalan jauh dengan selesa. Hujung bulan aku balik kedah lg kerana ada kenduri disana. Sebelum itu, singgah umah makcik kat klang sebab ada kenduri disana. Tapi balik kali ini tiada cuti-cuti kerana duit dh abis byr down payment keta..hihihi…

Mei kali ni balik Kelantan plak. Mak sakit. Sebelum tu dah pegi berjalan ke Melaka. Pengalaman lalu mengajar aku untuk tidak lagi berlengah sekiranya ada family terdekat sakit. Sekiranya berlaku apa-apa ianya tidak akan membuat kita rasa menyesal di kemudian hari. Kereta aku hantar servis 1000 KM  selepas seminggu di keluarkan. Peroduo servis merasa pelik ekoran jumlah KM yang cepat digunakan oleh kami. Kemudian untuk servis kedua pn kami hantar setelah sebulan dari yang pertama. Mereka bertanya kereta ni jalan kemana dah, kami maklumkan kereta dah jalan dari Selatan ke Utara kemudian ke Timur. Tersenyum pekerja perodua tersebut. Bulan Mei hanya balik ke Kelantan sahaja.


Jun adalah bulan birthday incik suami. Maka aku pn plan baik la, sebab 2011 plan aku Berjaya dengan jayanya mengejutkan dia.. 2011 aku masih kerja di kuala lumpur. Tapi aku dah amik cuti siap-siap untuk spend masa dengannya. Tahun 2012 tak de plan sangat sebab time tu hanya sambut berdua aje. Tahun ni aku plan dengan kawan-kawannya untuk jumpa di KFC.  Siap beli kek kegemarannya incik suami blueberry cheese cake…seronok dapat bt incik suami terkejut kali kedua…hihihi… bulan ni pn xpegi mane sebab next month dah puasa.. kena spend duit utk raya plak…

|
0

Jan - Mac 2013

Posted by finie && eddie on 10/10/2013 11:52:00 PG
Januari adalah permulaan tahun dan kami telah berkahwin 1 tahun 10 bulan. Buat masa sekarang kami masih lagi berdua. Masih bukan rezeki kami untuk menerima ahli baru dalam kehidupan kami. Mungkin Allah telah tetapkan untuk kami berdua terlebih dahulu. Melayari kehidupan berdua dan memupuk kasih sayang antara kami. Banyak masa kami habiskan berdua.. berjalan-jalan di waktu malam, berseronok dihujung minggu dan sebagainya. Ianya seolah-olah hanya kami berdua didunia ini. Kekosongan itu kami pendam sedalamnya walaupun kami masing-masing menyedari kami begitu inginkan kehadirannya disisi kami. Tapi kami redha dan berserah kepadaNya. Ya Allah kau tetapkan hati kami dan kuatkan hati kami dalam menempuhi ujian ini kerana kami percaya terdapat perancangan yang terbaik untuk diriku dan keluarga dari Mu.

Februari dah menjelma..ada tahun baru cina, maka kami bercadang untuk Road Tour North. Maka kami mula la service white mousedeerku walau dalam hati sebenarnya mampu ke sampai ke Utara. Kemudian ada insan yang begitu baik hati, tanpa disangka telah menawarkan keretanya kepada kami. Semoga Allah murahkan rezeki Hafiz dan Aisyah. Pertolongan kalian amat bermakna dan besar maknanya kepada kami. Maka kami pulang ke utara menaiki TRW myVi. Oleh yang demikian kami merancang untuk ke Perlis dan Pulau Pinang. Maka setibanya kami di kg halaman, maka tempat pertama kami singgah adalah Nasi Lemak Royale.. Itu adalah kegemaran incik suami dan tidak akan dilepaskan sekiranya balik kedah. Keesokkan harinya kami berjalan ke Perlis. Tiada apa yang hendak dibelikan tetapi sekadar memenuhi masa bersama keluarga. Seharian disana kemudian berpatah balik ke kedah. Next destinasi adalah Pulau Pinang. Kami terlupa untuk menempah Hotel maka kami hanya pergi kemudian petang baru mencari hotel. Kami berjalan sakan dari menaiki feri kemudian ke batu feringgi. Biarpun penat tapi masih meneruskan perjalanan sehingga malam melepak di drive gurney menikmati suasana di tepi laut. Sangat romantik..hihihi.. Aku juga dapat merasa makan di Seoul Garden. Di Pulau Pinang juga kami singgah ke bukit bendera. Akhirnya aku sampai kesana… 

Mac adalah waktu untuk simpan kembali duit untuk pegi bercuti lagi. Aku ni suka sangat bercuti-cuti terutama ke pantai-pantai. Tapi bulan mac takde cuti-cuti kerana banyak kerja kena settle dan yang penting planning kami nak mendapatkan kereta baru. Bulan ini beria dan bersungguh kami cuba mencari kereta yang sesuai untuk kami sekeluarga. Memandangkan kami perlukan kereta yang selesa untuk perjalanan dari selatan ke utara atau timur. First yang kami berkenan adalah Nissan Almera. Kami pegi ke outlet Nissan dan mencuba. Memang best tapi bila dibuat pengiraan agak tinggi juga bayaran ansuran bulanan. Maka kami berfikir lagi untuk melihat kereta yang lain. Kemudian incik suami pergi test drive sendiri kereta Perodua Alza. Dengan muka excited bagitau kereta ini sesuai dan bulanan pun mampu kami bayarkan. Aku hanya tersenyum kerana hal kereta aku serahkan kepadanya. Kemudian satu ahri balik dari kerja diajak untuk mencuba Proton Preve plak. Lagi excited bercerita… setelah itu kami membuat pengiraan kewangan dan baik-buruk kereta tersebut. Maka Nissan Almera terpaksa dikeluarkan dari pilihan memandangkan komitment agak tinggi. Keputusan belum di putuskan. Opps terlupa bulan ni genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami. Harapanku agar kami dikurniakan zuriat. Selamat ulangtahun perkahwinan incik suami…

|

-kami dah bertunang-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami Dah Bersatu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Abah birthday...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

umi birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Copyright © 2009 Sesuci Kasih Shafdi