0

Jan - Mac 2013

Posted by finie && eddie on 10/10/2013 11:52:00 PG
Januari adalah permulaan tahun dan kami telah berkahwin 1 tahun 10 bulan. Buat masa sekarang kami masih lagi berdua. Masih bukan rezeki kami untuk menerima ahli baru dalam kehidupan kami. Mungkin Allah telah tetapkan untuk kami berdua terlebih dahulu. Melayari kehidupan berdua dan memupuk kasih sayang antara kami. Banyak masa kami habiskan berdua.. berjalan-jalan di waktu malam, berseronok dihujung minggu dan sebagainya. Ianya seolah-olah hanya kami berdua didunia ini. Kekosongan itu kami pendam sedalamnya walaupun kami masing-masing menyedari kami begitu inginkan kehadirannya disisi kami. Tapi kami redha dan berserah kepadaNya. Ya Allah kau tetapkan hati kami dan kuatkan hati kami dalam menempuhi ujian ini kerana kami percaya terdapat perancangan yang terbaik untuk diriku dan keluarga dari Mu.

Februari dah menjelma..ada tahun baru cina, maka kami bercadang untuk Road Tour North. Maka kami mula la service white mousedeerku walau dalam hati sebenarnya mampu ke sampai ke Utara. Kemudian ada insan yang begitu baik hati, tanpa disangka telah menawarkan keretanya kepada kami. Semoga Allah murahkan rezeki Hafiz dan Aisyah. Pertolongan kalian amat bermakna dan besar maknanya kepada kami. Maka kami pulang ke utara menaiki TRW myVi. Oleh yang demikian kami merancang untuk ke Perlis dan Pulau Pinang. Maka setibanya kami di kg halaman, maka tempat pertama kami singgah adalah Nasi Lemak Royale.. Itu adalah kegemaran incik suami dan tidak akan dilepaskan sekiranya balik kedah. Keesokkan harinya kami berjalan ke Perlis. Tiada apa yang hendak dibelikan tetapi sekadar memenuhi masa bersama keluarga. Seharian disana kemudian berpatah balik ke kedah. Next destinasi adalah Pulau Pinang. Kami terlupa untuk menempah Hotel maka kami hanya pergi kemudian petang baru mencari hotel. Kami berjalan sakan dari menaiki feri kemudian ke batu feringgi. Biarpun penat tapi masih meneruskan perjalanan sehingga malam melepak di drive gurney menikmati suasana di tepi laut. Sangat romantik..hihihi.. Aku juga dapat merasa makan di Seoul Garden. Di Pulau Pinang juga kami singgah ke bukit bendera. Akhirnya aku sampai kesana… 

Mac adalah waktu untuk simpan kembali duit untuk pegi bercuti lagi. Aku ni suka sangat bercuti-cuti terutama ke pantai-pantai. Tapi bulan mac takde cuti-cuti kerana banyak kerja kena settle dan yang penting planning kami nak mendapatkan kereta baru. Bulan ini beria dan bersungguh kami cuba mencari kereta yang sesuai untuk kami sekeluarga. Memandangkan kami perlukan kereta yang selesa untuk perjalanan dari selatan ke utara atau timur. First yang kami berkenan adalah Nissan Almera. Kami pegi ke outlet Nissan dan mencuba. Memang best tapi bila dibuat pengiraan agak tinggi juga bayaran ansuran bulanan. Maka kami berfikir lagi untuk melihat kereta yang lain. Kemudian incik suami pergi test drive sendiri kereta Perodua Alza. Dengan muka excited bagitau kereta ini sesuai dan bulanan pun mampu kami bayarkan. Aku hanya tersenyum kerana hal kereta aku serahkan kepadanya. Kemudian satu ahri balik dari kerja diajak untuk mencuba Proton Preve plak. Lagi excited bercerita… setelah itu kami membuat pengiraan kewangan dan baik-buruk kereta tersebut. Maka Nissan Almera terpaksa dikeluarkan dari pilihan memandangkan komitment agak tinggi. Keputusan belum di putuskan. Opps terlupa bulan ni genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami. Harapanku agar kami dikurniakan zuriat. Selamat ulangtahun perkahwinan incik suami…

|
0

Permulaan Baru di Tempat Kerja Baru

Posted by finie && eddie on 10/10/2013 11:19:00 PG

Flashback kembali permulaan di tempat kerja baru.. Dalam tekanan di tempat kerja lama disamping gaji yang agak tidak berbaloi, berkira-kira dengan encik suami untuk mencari kerja baru. Maka tanpa di duga mendapat panggilan dari sebuah syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan yang baru. Tiada sangka hadir temuduga dan diberikan gaji yang lebih tinggi selain waktu bekerja yang lebih pendek iaitu hari sabtu hanya ½ hari sahaja. Tanpa melepaskan peluang, aku menerima tawaran tersebut dan mula bekerja pada 15. Nov.2012.

Jawatan yang ditawarkan adalah Merchandiser, dan projek yang diamanahkan adalah Kementerian Kesihatan Malaysia. Dan sesuatu  yang tidak dijangka aku diberikan sebuah bilik. Projek itu agak besar dan melibatkan satu amaun yang besar. Aku menguruskan dari A hingga Z. mencabar fizikal dan mental tetapi aku mengambilnya sebagai satu cabaran untuk menghadapinya. Memang begitu mencabar kerana terpaksa melayan karenah customer yang memerlukan order yang diminta di selesaikan dengan cepat sedangkan waktu yang diperuntukkan adalah pendek. Agak kelam kabut tapi lama kelamaan semakin maju dan Berjaya. Tetapi ada yang masih pending 2 customer. Agak kecewa tapi jika dikira ianya Berjaya. (perasan jap). Segalanya mula dipermudahkan oleh Allah bila niat kita hanya keranaNya.  Semoga pekerjaanku diredhai dan dipermudahkan. In shaa Allah.

|
0

Oktober

Posted by finie && eddie on 10/10/2013 11:05:00 PG

Terlalu banyak kenangan yang tercipta samada manis dan pahit. Oktober adalah hari lahir arwah abahku dan abah angkatku.. Masihku ingat 3 oktober adalah hari lahir kedua-dua insan yang bergelar Bapa. Oktober juga pada 1 Oktober 2011, aku kembali ke bumi Batu Pahat, Johor. Tinggal bersama incik suamiku yang bertugas disini., aku tinggalkan kawan-kawan yang banyak mengharungi suka dan duka di kota metropolitan Kuala Lumpur. Pada 15. Oktober 2011 aku mula bekerja sebagai kerani di kilang unijoh sdn. Bhd. Sebuah kilang yang sederhana besar. Pada permulaan kerja, betapa sukarnya dari gaji yang agak besar kepada gaji yang semakin kecil, namun aku bersyukur kerana aku telah dapat hidup sebagai suami isteri disisinya. Jika dulu kami adalah suami isteri hujung minggu. Namun aku dapat mengenali kakak-kakak dan kawan-kawan baru disini. Disinilah aku mula mendapat ilmu tentang Microsoft Excel dengan begitu mendalam.. Disini aku belajar menggunakan fungsi-fungsi yang selama ini aku tidak pernah terfikir atau menggunakannya. Memang hakikatnya pelajar banyak di dedahkan dengan penggunaan Microsoft Word kerana kebanyakkan digunakan untuk membuat assignment yang diberikan oleh Pensyarah.  Oleh itu, disini aku juga mendapat pengalaman dimana aku bekerja bukan dalam bidang yang dipelajari. Berbeza dan membantu aku mempelbagaikan skillku untuk masa hadapan. Genap setahun aku disini, maka berhijrahlah aku dari syarikat ini.
24.Oktober. 2011 adalah saat yang menyakitkan dan aku kehilangan abahku yang tersayang. Al-Fatihah untuk Allahyarham Hj. Saad Bin. Noh dan semoga Rohnya Dicucuri Rahmat. Disebabkan aku baru sahaja seminggu bekerja, maka aku mengambil keputusan untuk menangguhkan sementara untuk pulang menjenguk arwah abah yang pada masa itu tengah demam. Aku sangkakan demam biasa seperti selalu. Rupanya ianya petanda abah akan pergi meninggalkan kami. Malah aku tidak sempat menemuinya disaat pemergian kerana aku ketika itu berada di perjalanan untuk pulang. Jika sebelum ini aku adalah yang pertama akan pulang apabila abah sakit, tapi kali ini telah Allah tetapkan aku tidak dapat menemuinya disaat terakhir. Walau begitu pahit namun aku redha diatas ketentuan Nya. Biarpun hampir 2 tahun abah meninggalkan kami sekeluarga, namun ianya sentiasa subur dalam hati kami. Kehilangan amat dirasai kerana tiada lagi doa dari seorang ayah untuk anaknya. Al-Fatihah..
Oktober 2013, Kuharapkan terdapat sinar cahaya untuk kami sekeluarga. Hampir dua tahun aku berada di Batu Pahat, banyak suka duka di tempuhi. Hubungan kami juga telah mencapai 2 tahun 6 bulan dan sehingga hari ini kami masih berdua. Doakan kami agar dapat zuriat yea..


|

-kami dah bertunang-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami Dah Bersatu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Abah birthday...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

umi birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Copyright © 2009 Sesuci Kasih Shafdi