0
June 2014
Posted by finie && eddie
on
8/09/2014 12:55:00 PTG
Assalamualaikum..
Setelah sekian lama tak update blog ini… Busy sangat
sekarang ini dengan kerja yang tak pernah putus. Walaupun penat dan kadang kala
mengeluh namun apabila difikirkan orang lain yang lebih susah dalam mencari
rezeki yang halal, membuatkan diriku begitu bersyukur.. Dugaan dan cabaran
adalah salah satu proses mengenal erti kehidupan dan mendekatkan diri kita
kepadaNya. Bulan ini tiada apa yang dilakukan selain rutin harian mengambil
vitamin EPO dan asid folic..Salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat kami…
Untuk rawatan dengan doctor pakar masih lagi belum berjumpa.. terdapat banyak
kekangan yang tidak dapat untuk aku laksanakan disamping masalah2 teknikal yang
lain.
Jun adalah bulan kelahiran suamiku..sambutan ringkas dimana
hanya berdua sahaja tahun ini tidak seperti tahun sebelum ini dibanjiri sahabat
handai… Tahun ini permintaan syg untuk hanya meraikan berdua sahaja..maka
seperti biasa ayg akan memasak untuk meraikannya.. Ayg ada buatkan kad untuk
sayang…tahun ni taka da surprise seperti
2 tahun lepas dan setahun lepas.. Saje tahun ini membuat kelainan tanpa
surprise..Lagipun dah dekat bulan ramadhan kan..xlama lagi ramadhan bakal
menjelang…
Catat Ulasan