0
Syawal Telah Menjelma..
Posted by finie && eddie
on
8/09/2014 12:57:00 PTG
Selamat Hari Raya buat semua….Raya tahun ini kami berdua tidak
membeli baju raya.. Berjaya mengekang diri dari membeli memandangkan terdapat
banyak baju yang baru dan jarang dipakai maka kami bernekad untuk tidak
membeli. Tahun ini sepatutnya raya di Kelantan terlebih dahulu, tapi disebabkan
makcik ada membuat majlis perkahwinan anaknya, maka kami menukar turn untuk
beraya di Kedah terlebih dahulu.. Biasalah dirumah kedah tiada apa persiapan
yang kami lakukan kerana kami selepas solat akan ke pusara Arwah Abah dan Mama.
Kemudian terus bergerak ke kampong di Pendang untuk bertemu tok dan makcik
serta pakcik. Macam biasalah kami berempat akan pulang dan menziarahi rumah
saudara mara… dan soalan yang diterima oleh suamiku adalah dari seseorang yang
rapat dengannya.. nak dikatakan soalan lebih kepada ayat penyata kot.
T : kiranya tak ada anaklah yea ang.
Syg: tersenyum sahaja..
Ya Allah begitu sekali terkeluar dari mulut seseorang yang
lebih tua dari kita. Lupakah kepada Qada’ dan Qadar yang Allah tetapkan untuk
setiap manusia. Diriku apa perasaannya bila syg bagitau tentang ini hanya mampu
tersenyum. Seperti rakan lain yang mengalami situasi seperti diriku pasti akan
merasa tidak ingin untuk pergi lagi kerumah tersebut tapi kami xmampu lakukan
apa-apa maklumlah saudara terdekat. Doakanlah anak cucu dan saudara kita agar
dikurniakan zuriat bukannya membuat pertanyaan sebegitu.
Kenapa kita selalu mempersoalkan kepada mereka yang mencuba
untuk bersabar, bertabah menghadapi dugaan ini. Kenapa kita perlu untuk
menambahkan lagi luka hati mereka. Kenapa tidak kita apabila memandang mereka
dan mendoakan mereka moga dikurniakan rezeki dan zuriat daripada kita
mempersoalkan perkara yang memang kita ketahui bahawa mereka tidak mampu untuk
menjawabnya.
Bersambung yea…