0

Oktober...

Posted by finie && eddie on 11/18/2012 10:35:00 PG
Bila tiba bulan oktober terasa begitu sayu dan pilu hati ini.. Oktober 2011 meninggalkn ingatan pahit buat diriku dan keluarga.. Perginya insan yang begitu rapat dalam hidup kami..perginya abah menemui pencipta.. Gelap terasa hidup ini setelah pemergiannya... Dalam redha anakmu melepaskan abah... Sedar tak sedar hampir setahun berlalu... Abah betapa rindunya anak kecilmu ini kepadamu...jika dulu engkaulah tempatku berpaut mencari kekuatan dlm diri tp kini anakmu hanya mampu menitipkan Al-Fatihah buatmu... Di saat pemergianmu anakmu ini tiada disisi...maafkan anakmu ini kerana lambat pulang menemuimu... terlalu sukar untuk anakmu menerima pemergianmu... jika sebelum ini setiap kali dirimu dalam keuzuran pastinya anakmu ini yang pertama akan pulang menemui.. namun kali ini anakmu terlambat, yang mampu anakmu tatap adalah jasadmu... Maafkan adek abah.... Tahun ini hari raya adek rindu sgt kt abah.. terbayang2 abah di mata adek tp adek xmampu nak ungkapkan kepada sesiapa... adek lihat mak begitu kuat menempuhi kehilangan abah tapi disebalik itu adek tahu mak juga merindui abah... Seorang abah yang terbaik buat kami sekeluarga... Sikap dan nasihatnya amat bermakna sekali... Kini aku kehilangan doa dari seorang abah.... tapi aku tahu abah sentiasa memerhatikan anakmu ini... I love U so much abah.... Al-Fatihah...

|
0

Rindu budak tecit tomey ni

Posted by finie && eddie on 8/21/2012 10:24:00 PTG

Assalamualaikum dan selamat malam..

Tahun ni first raya kt kelantan.. Hari raya pertama beraya dirumah spt biasa..ramai tetamu hadir.. Alhamdulillah biarpun abah dh tiada tp ikatan silaturahim antara makcik dan sepupu sebelah abah masih kuat... Raya kedua turn kami plak beraya kerumah sanak saudara.. Si kecil ni nak duk dgn kami berdua je...kemana je dgn kami...sedih plak semlm nk tinggalkannya..menangis meraung nk ikut... Rupanya episod sedih belum berakhir...otw balik kedah kereta terbabas berpusing 180 darjah...sib baik kami selamat dan alhamdulillah...kejadian di pagi hari raya ketiga...




|
0

Semoga perjalanan kami dipermudahkan..

Posted by finie && eddie on 8/16/2012 02:58:00 PTG

Hari ini 27ramadhan..mlm nanti nak gerak balk kampung..thn ini turn raya kelantan dahulu.kemudian bru balik kedah..semoga perjalanan kami selamat dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t insyaallah..


|

-kami dah bertunang-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami Dah Bersatu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Abah birthday...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

umi birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Copyright © 2009 Sesuci Kasih Shafdi