0

Rindu budak tecit tomey ni

Posted by finie && eddie on 8/21/2012 10:24:00 PTG

Assalamualaikum dan selamat malam..

Tahun ni first raya kt kelantan.. Hari raya pertama beraya dirumah spt biasa..ramai tetamu hadir.. Alhamdulillah biarpun abah dh tiada tp ikatan silaturahim antara makcik dan sepupu sebelah abah masih kuat... Raya kedua turn kami plak beraya kerumah sanak saudara.. Si kecil ni nak duk dgn kami berdua je...kemana je dgn kami...sedih plak semlm nk tinggalkannya..menangis meraung nk ikut... Rupanya episod sedih belum berakhir...otw balik kedah kereta terbabas berpusing 180 darjah...sib baik kami selamat dan alhamdulillah...kejadian di pagi hari raya ketiga...




|
0

Semoga perjalanan kami dipermudahkan..

Posted by finie && eddie on 8/16/2012 02:58:00 PTG

Hari ini 27ramadhan..mlm nanti nak gerak balk kampung..thn ini turn raya kelantan dahulu.kemudian bru balik kedah..semoga perjalanan kami selamat dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t insyaallah..


|
0

Raya...Rindu Sangat Kat Arwah Abahku...

Posted by finie && eddie on 8/15/2012 11:28:00 PG
Raya dah dekat..merupakan tahun pertama tanpamu disisi kami semua…
Adakah raya tahun ini semeriah tahun sebelum ini…
Jika sebelum ini tangan kasarnyalah yang selalu mengusat lembut kepala anak manjanya ini, tp hari raya ini tiada lagi dapat anak manjanya merasainya.. Insan lain pun merasainya apa yang dirasaiku kerana suamiku juga anak yatim piatu... Mungkin hanya kenangan untuk diingati itu sahaja yang berbeza....
Di pagi raya selalu abah ke pusara arwah nenek dan atokku..tahun ini diriku dan keluarga pula akan ke pusara mereka yang pergi terdahulu dari kami... Kuatkah aku nanti untuk meiziarahi pusaramu duhai abah.. Sejak abah pergi anakmu ini masih belum kuat untuk menjejakkan kaki ke pusaramu... Biarpun begitu tapi hati ini tidak pernah berhenti mengingati abah... Wajah yang sentiasa dalam ingatanku... 
Luaran nampak tidak kisah atas kepulangan anaknya dihari raya tapi sebenarnya dia amat menanti kepulangan anak2 dan cucunya ke rumah...
Tiada kata dapat diucapkan..hanya mampu mendoakan kesejahteraan arwah abah disana.. 

wajah kesayangan hamba...










p/s:Al-fatihah buat arwah abahku,ibu dan bapa mertuaku dan semua ahli keluarga yang telah kembali menemui penciptanya...


|

-kami dah bertunang-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Kami Dah Bersatu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Abah birthday...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

umi birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Copyright © 2009 Sesuci Kasih Shafdi